Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan 7-inisiatif bagi membantu mengurangkan beban komuniti perniagaan, yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Langkah tersebut bertujuan membantu syarikat mengatur serta mengukuhkan aliran kewangan, bagi mengelakkan sebarang tindakan penggulungan.

Pengerusi SSM, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, antara inisiatif tersebut termasuklah, meningkatkan nilai ambang semasa keterhutangan bermula 23 April sehingga 31 Disember 2020.

Beliau berkata demikian dalam sidang media SSM, di ibu negara.

Tambah beliau yang juga Ketua Setiausaha KPDN-HEP, antara inisiatif lain yang dilakukan pihaknya adalah, melanjutkan pengecualian kompaun pembaharuan pendaftaran perniagaan sehingga 31 Disember depan.

Usaha tersebut dilihat dapat memanfaatkan lebih 700 ribu perniagaan yang luput perniagaan, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu, pihaknya juga kini sedang menderaf rang undang-undang Syarikat Pindaan (2020), bagi memperkenalkan peruntukan yang dapat membantu syarikat yang mengalami masalah kewangan.