Dalam perkembangan berkaitan, JTK Labuan menerima lebih kurang 6 ratus 33 aduan dan pertanyaan daripada majikan dan pekerja, sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

Manakala, sepanjang PKPB pula, jabatan itu menerima 2 ratus 6 aduan.

En Awang Ismail Awang Tangah memaklumkan, pihaknya mengalihkan panggilan ke pejabat ke nombor telefon bimbit pegawai bagi memudahkan menjawab sebarang pertanyaan dan kemusykilan pelanggan.

Beliau berkata, kesemua aduan dan pertanyaan itu telah berjaya diselesaikan berdasarkan rundingan melalui telefon sahaja, manakala sebahagian telah dan sedang diambil tindakan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan majikan perlu melaksanakan tindakan pencegahan berdasarkan arahan norma baharu mengikut SOP Kementerian Sumber Manusia.