Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan menyarankan kepada orang ramai yang ingin membuat pembayaran bil air, menggunakan perkhidmatan secara dalam talian.

Menurut jabatan itu, pembayaran boleh dilakukan melalui RHB Online atau menggunakan posonline.com.my.

Dalam pada itu, kaunter pembayaran hanya beroperasi, bermula dari jam 7:30 pagi hingga 12 tengahari, dengan mengutamakan pembayaran bil menggunakan cek serta bayaran untuk lain-lain perkhidmatan.

Manakala, kaunter pertanyaan dibuka bermula 8 pagi hingga 3 petang.

Di samping itu, sesiapa yang datang ke jabatan tersebut untuk melakukan urusan, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan mengalmakan arahan norma baharu.

Sebarang pertanyaan dan aduan, boleh menghubungi pusat panggillan jabatan tersebut, di talian 410 200, pada waktu pejabat termasuk cuti umum.