Sementara itu, Superitendan Muhamad Farid Ahmad menyeru kepada warga di wilayah ini untuk memaklumkan kepada pihak polis di balai yang berdekatan, sekiranya mendapati ada yang melanggar SOP penetapan melebihi 20-orang di sesebuah rumah atau lokasi, pada hari raya pertama perayaan aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pemantauan ketat dalam memastikan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu-individu yang melanggar had yang telah ditetapkan.

Ia bagi mengelak penularan COVID-19 dan mencegah sebarang kebarangkalian wujud kluster baharu hari raya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Labuan.