Warga Labuan dinasihat agar mematuhi sepenuhnya Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ingin menunaikan solat Jumaat, solat sunat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri, bagi mengelak pandemik COVID-19.

Antaranya, mengambil wuduk dan membawa sejadah dari rumah, membawa kad pengenalan dan mendaftar di kaunter pintu masuk serta membuat pemeriksaan suhu, sanitasi dan membuat catatan rekod kehadiran.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, hanya 30 jemaah dibenarkan masuk ke masjid sejam sebelum sebelum azan.

Manakala, jemaah tidak dibenarkan perkumpulan selesai solat didalam atau luar masjid, selain hanya membenarkan jemaah 16 tahun ke atas dan 70 tahun kebawah yang tidak menghidap penyakit kronik.

Beliau juga turut memaklumkan, sejak 4 Mei pihaknya menggerakkan 16 pasukan peronda, bagi memantau pergerakan orang ramai ditempat-tempat tumpuan, seperti premis perniagaan dan tempat ibadah sejak di Wilayah Persekutuan khususnya di Labuan, dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat dan Terawih di Surau dan Masjid.