Seorang pemilik restoren dikenakan tindakan kompaun 1 ribu ringgit oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, berikutan gagal mempamerkan tanda harga jualan bagi makanan sedia masak.

Ketua Pegawai Penguatkuasan KPDNHEP Labuan, En. Anual Kannari berkata demikan dalam satu kenyataannya.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya telak melakukan pemeriksaan di premis-premis di sekitar Labuan, pada jam 11 pagi.

Hasil pemeriksaan tersebut, peniaga berkenaan telah diambil tindakan kerana gagl mempamerkan, meletakkan label, tag atau tanda harga tunai, ke atas makanan sedia masak yang dipamer untuk jualan.

Tindakan itu di bawah pelanggaran subperenggan 3(1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan oleh Penjual Runcit) 1993.

Tambah beliau, tanda harga wajib diletakkan agar pengguna tidak berasa tertipu, dan apabila pengguna membeli sesuatu barangan, kegunaan tanda harga untuk membandingkan harga barang, di sesebuah kedai dengan kedai yang lain.

En. Anual turut memaklumkan, pihaknya sentiasa membuat pemeriksaan setiap hari, termasuk hari cuti bagi memastikan perjalanan perniagaan di wilayah ini sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.