Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjelaskan bahawa kenaikan bil elektrik melipat ganda yang dialami oleh pengguna di Sabah dan Labuan pada masa kini adalah disebabkan oleh pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Insenyur Norhizami Abu Hassan Berkata, factor utama kenaikan bil adalah penggunaan tenaga yang bertambah dalam kalangan pengguna di rumah sepanjang tempoh PKP, susulan penularan wabak COVID-19.

Purata pertambahan penggunaan tenaga untuk setiap pengguna sepanjang tempoh berkenaan adalah antara 30 peratus hingga 70 peratus disebabkan penggunaan perkakas elektrik dan aktiviti di rumah.

Insenyur Norhizami turut memberitahu, sebelum pelaksanaan PKP, penggunaan tenaga adalah pada tahap minima kerana majority pengguna keluar rumah untuk bekerja, manakala anak-anak bersekolah.

Beliau menjelaskan, memandangkan tiada bacaan meter elektrik dan bil bercetak dikeluarkan sejak PKP bermula, maka bil bulanan dikira berdasarkan anggaran penggunaan bil bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, bil akan diseleraskan semula selepas anggota kerja SESB membuat bacaan sebenar di kediaman pengguna yang bermula pada 17 April lalu.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Insenyur Norhizami Abu Hassan turut menjelaskan pemberian diskaun elektrik sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan, HANYA berkuatkuasa pada 1 APRIL.

Tambah beliau, bacaan bil elektrik pada bulan Februari dan Mac TIDAK akan dikenakan DISKAUN.

Norhizami berkata, SESB telah pun membuka Kaunter Perkhidmatan Pengguna bermula pada 11 Mei, 2020 di semua pejabat SESB seluruh Negeri Sabah dan Labuan.

justeru itu beliau menasihati pengguna untuk berkunjung ke pejabat SESB sekiranya menghadapi masalah berkaitan perkhidmatan SESB.