Sementara itu, selaku antara jawatankuasa penting Pusat Kawalan Operasi Bersepadu yang berfungsi menyalur maklumat dan menangkis berita palsu, Jabatan Penerangan Labuan telah melaksana 87 program IOW di 3 ratus 47 lokasi tumpuan bermula 27 Januari lalu.

Pengarahnya En Supian Musa berkata, pihaknya menganggarkan 13 ribu 50 orang telah mendapat informasi dan maklumat penting berkaitan dasar dan usaha kerajaan mendepani COVID-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1 dilaksana sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Labuan.

Menurutnya, warga Labuan perlu bijak menangani dengan menyemak sebelum berkongsi berita yang diterima secara dalam talian samada platform media sosial, blog atau laman sesawang dengan melayari portal sebenarnya.my atau menghubungi pusat media pihaknya.

Dalam temubual secara telefon itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Labuan yang memberikan reaksi positif sepanjang pelaksanaan IOW serta penghargaan kepada warga pulau ini atas pematuhan terhadap PKP dan SOP Kebersihan selain pelaksanaan norma baharu yang perlu dipatuhi kini dalam menangani penularan pandemik COVID-19.