Berikutan perkembangan semasa COVID-19, bantuan kepada golongan terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus disalurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Untuk itu di Labuan sebanyak 613 ribu 800 ringgit telah diagihkan kepada golongan berkenaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan TAHAP 1 sebelum ini.

Bantuan tersebut melibatkan sebanyak seribu 483 permohonan yang telah diluluskan sehingga kini dan telah dikreditkan ke akaun bank pemohon.

Bantuan tersebut merupakan inisiatif bagi meringankan beban golongan terjejas yang disalurkan menerusi program Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIWP Labuan, sebanyak 2 ribu 894 permohonan telah diterima, seribu 321 (LULUS) dan seribu 483 (TIDAK LAYAK).

Manakala 90-permohonan lagi masih dalam proses.

Kepada warga Labuan yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat  Baitulmal, boleh hubungi pegawai MAIWP Labuan menerusi talian hotline 013-851 3066 atau 013-851 4066.