Sementara itu, Umat Islam seluruh dunia bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitiri tidak lama lagi.

Untuk itu, hasil tinjauan kru RTM pada satu minggu terakhir sebelum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini mendapati, keadaan beberapa jalan di pusat bandar mula sesak.

Selain itu pasar raya dan pusat membeli belah juga turut kelihatan sesak berikutan Umat Islam yang mengambil peluang untuk membuat persiapan perayaan itu nanti.

Walau bagaimanapun, warga Labuan dilihat amat peka dan menitik-beratkan tahap kesihatan yang sewajarnya bagi mengekang penularan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Antaranya, memakai penutup hidung dan mulut, mengamalkan penjarakan sosial serta menggunakan hand sanitizer selepas menyetuh apa-apa permukaan ataupun barangan.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga kakitangan atau pekerja di beberapa buah pasar raya yang menyediakan hand sanitizer di pintu-pintu masuk selain saringan suhu badan.

Justeru orang ramai yang ingin membeli belah atau berurusan di kaunter-kaunter operasi agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan.