Warga Labuan disaran agar tidak menyerbu kaunter Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan mula beroperasi ESOK.

Kaunter tersebut akan turut beroperasi diseluruh negara.

Menurut kenyataan yang dikongsikan di laman media sosial JPJ Labuan, waktu kaunter operasi JPJ Labuan akan dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Manakala pada hari Sabtu dan Ahad kaunter hanya akan dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.

Untuk itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah tahap kesihatan yang optimum seperti memakai penutup hidung dan mulut, penjarakan sosial 1-meter dan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman (Hand sanitizer).

Selain itu, saringan suhu badan juga akan dilakukan di pintu utama premis JPJ bagi mengekang penularan Wabak COVID-19.