Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)  Bukit Aman akan membuka kaunter perkhidmatan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) secara berperingkat mulai ESOK.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata ia bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman serta pembekalan dokumen-dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Di Labuan, kaunter perkhidmatan akan dibuka pada hari Isnin hingga Rabu bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang sahaja yang turut melibatkan beberapa buah negeri.

Beliau berkata, pada hari Jumaat pula kaunter akan dibuka bermula pukul 9-pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

Datuk Azisman turut memaklumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman terpilih kepada mereka yang membuat pembayaran secara dalam talian melalui 2 portal yang ditetapkan JSPT.

2 portal berkenaan adalah www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my selama 4 hari bermula ESOK hingga 21 Mei ini.

Diskaun tersebut bertujuan meringankan beban yang menimpa masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekaligus meringankan dalam membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.