Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat 12 tengah hari SEMALAM, tiada pertambahan kes wabak COVID-19 di Labuan dan masih masih mengekalkan statusnya sebagai zon hijau.

Sebelum ini Labuan mencatatkan sebanyak 16 kes positif virus berkenaan namun kini kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya dan tiada kes kematian direkodkan.

Walaubagaimanapun KKM turut menyatakan bahawa 1 lagi kes kematian baharu COVID-19 telah direkod menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini adalah sebanyak 113 kes.

Selain itu, 17 kes baharu positif virus itu juga dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6 ribu 872 kes.

Daripada jumlah itu, 5 ribu 512 telah disahkan sembuh dan dibenarkan discaj dari wad.

Justeru warga Labuan dinasihatkan agar terus peka dan menitikberatkan tahap kesihatan yang tinggi bagi mengelak penularan wabak itu di Wilayah ini.