Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 6 sen daripada 1 ringgit 25 sen kepada 1 ringgit 31 sen seliter, dan 1 ringgit 55 sen kepada 1 ringgit 61 sen seliter, bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya turut memaklumkan, harga runcit diesel juga naik 5 sen seliter, daripada 1 ringgit 40 sen kepada 1 ringgit 45 sen seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menurut kementerian tersebut, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.