Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal, ditetapkan pada petang Jumaat, 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah.

Selain itu, sebanyak 15 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan syawal, ketika Perintah Kawalan Pergerkan Bersyarat (PKPB) termasuk Labuan yang telah ditetapkan di Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Dalam pada itu, cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.