Sebanyak 5 ribu ringgit disumbangkan Financial Park Sdn Bhd kepada Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan yang memberikan manfaat kepada lebih 80 orang pelajar anak yatim, bagi meningkatkan kemudahan di kompleks itu.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan syarikat itu, En. Nazrul Hisyam Mohd. Noh, kepada Pengetua Kompleks Darul Kifayah, Ustaz Abdul Fattah Abdul Hafiz.

Menurut En. Nazrul Hisyam, sumbangan itu sedikit sebanyak turut membantu untuk persiapan persekolahan, ataupun persediaan menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Fattah turut menzahirkan penghargaan dan bersyukur atas keprihatinan pihak swasta berkenaan, yang sudi menghulurkan bantuan.