Dalam perkembangan lain, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan membuka kaunter perkhidmatan di semua pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pejabat Polis Kontinjen (IPK), secara berperingkat mulai 18 Mei, termasuk di Labuan.

Pengarahnya, Datuk Azisman Alias berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman, serta pembekalan dokumen-dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Katanya, kaunter itu akan dibuka pada hari isnin hingga rabu, bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang ingin berurusan di kaunter berkenaan, agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan.