Sementara itu, seorang pelajar perempuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Labuan mengalami kerugian 11 ribu 450 ringgit, selepas terpedaya dalam jenayah scam menerusi panggilan telefon dari 2 lelaki yang tidak dikenali, mengaku dari mahkamah Labuan dan Pegawai Polis Labuan.

Menurut Ketua Polis Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad, Pelajar yang berumur 21-tahun itu telah mendedahkan butiran akaun beserta dengan nombor pin bagi tujuan siasatan dan setelah maklumat akaun diberi, didapati wang tersebut telah dipindahkan ke akaun yang tidak dikenali.

Ia susulan, suspek berkenaan memberitahu pengadu ada individu lain telah menggunakan identitinya untuk membuka akaun, seterusnya terlibat dengan jenayah dan pengubahan wang haram.

Berikutan kejadian itu, pengadu telah berasa tertipu dan datang ke balai polis untuk membuat laporan untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara maksimum 10-tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Justeru, Superitendan Muhamad Farid menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati, apabila menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

Katanya, pihak Polis dan mahkamah tidak akan membuat panggilan bagi tujuan untuk membersihkan nam dari sebarang kesalahan jenayah.

Sebaliknya, PDRM akan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti menjejaki supsek ke rumah dan membuat tangkapan, bagi mana-mana jenayah yang dilakukan