Pelbagai aktiviti disusun atur bagi memeriahkan Program Borneo Arts Festival kali ke-8 yang bakal berlangsung di Ujana Kewangan selama 3 hari.

Program selama 3 hari itu akan bermula pada 27 sehingga 29-September ini.

Antaranya pertandingan rekaan fesyen bertemakan Custom Traditional Creative Malaysia, Tarian Creative Borneo dan Tarian Tingkah Geruh yang merupakan antara utama pada program itu.

Selain itu, pertandingan bermukun yang melibatkan empat kategori iaitu remaja, kategori kedua wanita dan lelaki bawah 18 tahun, kategori dewasa terbuka dan wanita terbuka.

Penyertaan turut melibatkan peserta dari dalam dan luar negara seperti Negara Brunei Darussalam, Indonesia selain Malaysia. Justeru orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival tersebut.