Sekolah Kebangsaan Pekan 2 dipilih sebagai medan pelaksanaan Kempen Keselamatan Kanak-kanak (SAHABAT BIJAK) peringkat Labuan, esok bermula pukul 8 pagi.

Kempen tersebut sekali gus bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia.

Menurut Guru Besar SK Pekan 2, Pn Hajah Dayang Damit Mohd Yasin berkata, pendidikan di negara ini adalah milik masyarakat dan komuniti berperanan yang mencorak kepada pembangunan negara.

Tambah beliau, pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang kempen tersebut termasuklah gerai pameran, persembahan tarian, angklung, dan pidato

Kempen tersebut melibatkan beberapa penyertan daripada sekolah di wilayah ini antaranya ialah SK Pekan 1, SK Sg. Bedaun, Sk Layang-Layangan dan juga SK Pantai. Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.