Dalam kejohanan Thailand Para Badminton International 2019, Yanti Aspar, Pemain Para Badminton Labuan, berjaya melakar sejarah apabila berjaya  menyumbangkan 1-pingat emas dan 1-perak di kejohanan yang berlangsung di Huamark Indoor Stadium, Bangkok.

Beliau yanng berusia 41 tahun, menyumbang pingat emas dalam kategori bergu campuran selepas bergandingan bersama Mohd Amin Azmi dari Pulau Pinang.

Mereka berjaya menewaskan pasangan dari Chinese Taipei , Yi Ying Chen dan Yi Lin Chai pada perlawanan akhir yang berkesudahan 21-11, 21-13.

Dalam pada itu, Yanti yang berasal dari Kg. Belukut, sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir bagi acara Perseorangan Wanita, Kategori S-S-6, namun terpaksa akur dengan meraih perak setelah kecundang di tangan pemain tuan rumah Chai Sae-Yang yang juga pemain pilihan kedua kejohanan.

Pemenang Emas Pertama Malaysia Kategori SS6 itu menjanjikan 2 emas pada Para Asean Games 2020 di Manila.