Bagi meningkatkan tahap aktiviti warga Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan menjalin kerjasama dengan syarikat penjagaan kesihatan dalam talian ‘Book-Doc’.

Kerjasama itu dijalin menerusi Program Book-Doc Komuniti yang diadakan buat julung kalinya bagi meningkatkan tahap aktiviti fizikal rakyat Malaysia melalui pertandingan-pertandingan dengan menggunakan aplikasi Book-Doc Active. Dalam pada itu, ia menjadi sebahagian daripada program dibawah Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) @ Active dan KOSPEN Plus.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil inisiatif memulakan program berkenaan dengan melibatkan kakitangan kementerian bagi memberi inspirasi kepada masyarakat di seluruh negara.