Bagi meningkatkan kesedaran penduduk terhadap kebersihan kampung air, Program Kampung Airku Sejahtera di bawah Inisiatif Wilayah Peduli diadakan 4 buah kampung air termasuk Kampung Bebuloh, Patau-Patau Dua dan Kg. Rancha-Rancha. Program itu membuat persinggahan terakhirnya di Kampung Patau-Patau Satu.

Program yang dirasmikan Ahli Parlimen Labuan itu merupakan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Perbadanan Labuan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Jabatan Kesihatan Labuan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), KOSPEN dan COMBI.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Perbadanan Labuan, Dato’ Othman Che Jusoh.

Pada program itu Datuk Rozman menyerahkan sumbangan perangkap sampah kepada Ketua Kampung Patau-Patau Satu, En. S. Roslee Matusin.