Dua lelaki ditahan polis Labuan dalam lokasi berasingan kerana menunggang motosikal dengan merbahaya.

Menurut kenyataan Ketua Polis Labuan, Supritenden Muhamad Farid Ahmad, seorang lelaki 24 tahun ditahan di Jalan Kina Benuwa, Sabtu lalu kira-kira jam 1.45 petang.

Anggota Polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Labuan yang sedang membuat risikan, terserempak dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki dengan melakukan aksi whilly. Sementara itu, semasa Ops Samseng Jalanan dilakukan awal pagi semalam kira-kira jam 1.40 pagi, pasukan polis mendapati sekumpulan penunggang motosikal sedang berlumba dengan melakukan aksi zig-zag dan membongkok badan atas motosikal, di Jalan Pohon Batu. Pihak polis berjaya menahan seorang remaja lelaki 19 tahun, merupakan pelajar kolej dan mendapati ekzos motosikal telah diubahsuai. Remaja tersebut cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) akta sama.