Hospital Labuan yang berstatus hospital pakar minor kini menuju ke arah hospital pakar major memandangkan Labuan tidak mempunyai hospital swasta dan pesakit bergantung sepenuhnya dengan fasiliti hospital kerajaan.

Dengan lengkapnya  kepakaran di Hospital Labuan itu nanti, kes-kes yang dirujuk ke hospital di Kota Kinabalu, Sabah dapat dikurangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kementerian kesihatan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kepakaran dan perkhidmatan di semua hospital bagi memperbaiki akses perkhidmatan pakar kepada semua rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 peringkat Jabatan Kesihatan Labuan. Seramai 80 orang anggota kesihatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tersebut.