Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Wilayah Persekutuan catat pengagihan kadar dividen tertinggi dalam sejarah penubuhannya yang menjangkau 12 tahun.

Perkara itu diumumkan Pengerusinya Datuk Yussof Mohamad dalam Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Dewan Serbaguna Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan En Yazid Mahat.