Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), merampas 13.18 kilogram daging babi salai dan sejuk beku yang di bawa masuk dari Negara jiran, melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Menurut kenyataan jabatan itu, hasil pemeriksaan dibuat terhadap seorang penumpang, didapati membawa masuk produk itu tanpa mempunyai dokumen yang sah, iaitu permit daripada MAQIS dan juga sijil kesihatan daripada Negara asal.

Ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), boleh dihukum di bawah seksyen 11(3), jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100 000 ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6-tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, konsainan yang dibawa masuk ke dalam Negara, tanpa mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, akan dirampas untuk tindakan selanjutnya.

Oleh itu, kawalan pemeriksaan dan penguatkuasaan pengimportan, di pintu-pintu masuk akan sentiasa dipergiat, bagi memastikan konsainan yang diimport, mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, demi menjaga kesejahteraan rakyat.