Sempena Sambutan Hari Malaysia, Kelab Belia Kg. Tanjung Aru (KATARU) dengan kerjasama Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Aru, JHK Events dan Sekolah Kebangsaan  Tanjung Aru menganjurkan  “Santai Fun-Walk Night”.

Program selama 2 hari tersebut dihadiri lebih 800- peserta yang terdiri daripada penduduk kampung berkenaan.

Menurut pihak penganjur, program diadakan bertujuan memupuk semangat patriotik serta mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung.

Antara pengisian progam adalah Santai fun-walk night sejauh 3.4 kilometer, karaoke santai, pertandingan swafoto, mini fun fair dan juga festival lampu.

Program dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Hadir sama Pengerusi MPP Zon Labuan, En. Simsudin Sidek, Pengerusi MPKK Tanjung Aru, En. Harun Damit, pemimpin masyarakat serta wakil agensi kerajaan.