Pembangunan Labuan boleh dimajukan melalui perlaksanaan promosi eko-pelancongan di Wilayah ini.

Ia sejajar dengan teras Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) berdasarkan hala tuju transformasi yang holistik merangkumi aspek pendidikan, sukan, perniagaan dan keusahawanan.

Faktor alam sekitar dan kebajikan juga harus selari dengan pembangunan pulau bebas cukai ini.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkat demikian, dalam rancangan Eksklusif Bersama di LabuanFM. Katanya, pendidikan melalui City College Labuan menjadi tunjang utama yang memberikan latihan dan ilmu kepada anak jati Labuan.

Selain itu, usaha melahirkan pemain-pemain dalam industri pelancongan daripada warga tempatan yang mahir-niaga selain kreatif  dan inovatif.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Rozman berkata Labuan dilihat banyak potensi untuk dibangunkan bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke wilayah ini.

Katanya, sektor kerajaan dan swasta juga giat melaburkan dana dalam membangunkan Labuan daripada aspek pelancongan dan juga pendidikan.

Namun demikian, wilayah tesebut menerusi Yayasan Pembangunan Labuan masih memerlukan aset yang dapat membuatkan organisasi itu  mengembangkan pembangunan di wilayah ini.