13 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) meletakkan jawatan serta merta dan nyatakan sokongan seterusnya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di bawah kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanda sokongan itu telah diserahkan kepada Pengerusi BERSATU Labuan, Datuk Suhaili Abd. Rahman SEMALAM.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, ia terdiri 5 pengerusi MPKK yang mewakili parti Amanah, 5 daripadanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 3 lagi daripada Parti Warisan Sabah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media, di Labuan. Katanya, rombakan pentadbiran MPKK itu berikutan perubahan tampuk kepimpinan kerajaan pusat yang diterajui pentadbiran baru di bawah Perikatan Nasional.