Demam Denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang sehingga kini menjadi masalah utama kesihatan awam diseluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia adalah bawaan oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannnya dan menjadi punca utama  kematian kanak kanak melalui demam denggi berdarah.

Menurut Dr.Muhammad Adlan Salleh, Pakar Perubatan Dalaman , Hospital Labuan , nyamuk Aedes berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 hingga 12 hari selepas menghisap darah manusia.

Tambahnya, virus denggi boleh dipindahkan atau dijangkitkan sebelum suhu badan meningkat  sekurang-kurangnya 3-hari selepas  timbulnya gejala serta simptom penyakit berkenaan.