Pasukan Karate Labuan meneruskan kecemerlangan dengan memperoleh 8 emas 7 perak dan 8 gangsa sekaligus muncul juara keseluruhan dalam “2nd SKAS Karate Open Championship 2019”

Kejohanan 3 hari yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah itu mengetepikan pencabar terdekat, Inspired Karate Club dari Papar di tempat kedua.

Presidennya, En. Ismifarizal Mohammed Ishak berkata, kejuaraan kali kedua ini turut disertai 22 pasukan terdiri dari dalam dan luar Negara, melibatkan pnenyertaan daripada Brunei, Indonesia dan Iran.

Sementara itu, Pasukan Karate Labuan akan menghantar 6-orang atlit untuk mengikuti kejohanan karate peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Selangor, minggu depan.