Pelari Sabah mendominasi Labuan Bird Park Eco Ultra Marathon, larian terpanjang sejauh 70-kilometer di Labuan.

Larian bersempena Festival Taman Burung Labuan itu disertai 550 pelari jarak jauh termasuk dari negara luar iaitu Brunei, Indonesia, Australia, Belgium, India, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat dan Venezuela.

Wilsen Singgin memerlukan tujuh jam 47-minit dan tiga saat untuk menghabiskan larian seterusnya muncul juara kategori terbuka lelaki 70km, sementara Mailin Salungin Ripau memenangi acara terbuka wanita 70 km.

Sementara pasangan suami isteri, Guianus Salagan dan Kona Liau memenangi kategori 70 km veteran lelaki dan wanita.

Jessica Suip dari Kuala Penyu membuat kejutan memenangi kategori 50 km terbuka wanita dengan masa enam jam 59 minit dan 18 saat.