Individu atau badan bukan kerajaan (N-G-O) di Labuan dilarang membuat kutipan awam untuk tujuan membantu individu terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan PergerakanTahap 2.

Ketua Polis Labuan merangkap Komander Operasi Jawatan Kuasa Bencana COVID-19 Superintendan Muhamad Farid Ahmad dalam satu kenyataan berkata, segala bentuk bantuan yang ingin disalurkan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Labuan atau menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan.

Ini kerana terdapat mekanisme dan prosedu operasi standard (S-O-P) daripada Kementerian Kesihatan yang wajib dipatuhi dalam menyampaikan sumbangan kepada penerima bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dari terus merebak.

Beliau berkata demikian susulan pihaknya mendapati terdapat individu dan NGO yang membuat kutipan tersebut.

Pihak yang didapati menjalankan kutipan tanpa permit sah akan dikenakan tindakan di bawah Akta Pungutan Derma Rumah ke Rumah dan Jalan 1947, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda seribu ringgit atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.