Di Labuan, Seramai 1 328 orang calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 melibatkan 18 pusat peperiksaan, termasuk sekolah swasta.

Di Sekolah Rendah Kebangsaan Saint Anne’s Convent, 75 calon datang seawal 6 pagi sebagai persiapan menghadapi ujian itu.

Calon-calon dihidangkan sarapan pagi, minum pagi serta makan tengahari yang disediakan sepenuhnya oleh ibu bapa murid, selain untuk guru-guru dan pengawas peperiksaan.

Sumbangan itu sebagai dorongan dan memastikan calon-calon tidak berasa lapar atau mengantuk serta dapat fokus sepanjang sesi peperiksaan.

Bekas Guru Besar sekolah itu, Shim Ching Teo yang baru bersara turut bersama-sama hadir untuk memberi semangat dan kata-kata motivasi sebelum peperiksaan bermula.