Menerusi tinjauan udara di perairan sabah Labuan, memperlihatkan komuniti maritim memberikan kerjasama dalam mengurangkan aktiviti laut, berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, pemantauan udara selama satu jam setengah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP adalah hasil kerjasama APMM dan polis, khususnya Pasukan Gerakan Udara Kota Kinabalu.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan feri - feri penumpang dari Labuan ke Menumbuk juga tidak beroperasi seperti biasa. Manakala, bot-bot nelayan tradisional sahaja dibenarkan meneruskan aktiviti perikanan mereka seperti biasa untuk membekalkan hasil laut dan memastikan ianya mencukupi untuk kegunaan rakyat.