Berdasarkan perintah PKP fasa ke-2 yang bermula hari ini sehingga 14 April 2020, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah telah menetapkan penjadualan baharu waktu operasi pengangkutan awam, di Labuan.

Ia bertujuan bagi mengurangkan rantaian jangkitan wabak COVID-19. LPKP Sabah telah menetapkan bahawa pengangkutan teksi dan E-hailing hanya akan beroperasi bermula 6-pagi sehingga 10.00-malam.

Selain itu, pengangkutan bas pula akan beroperasi dalam 2-tempoh masa yang telah ditetapkan, bermula 6.00-pagi sehingga 10.00-pagi dan 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Manakala, bagi pengangkutan penghantar makanan telah ditetapkan beroperasi pada jam 8.00-pagi sehingga 8.00-malam.

Menurut agensi itu, arahan tersebut adalah selaras dengan Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, dan Akta Polis 1967, dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit, (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.