7 keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang, apabila rumah yang didiami jenis kayu 2 tingkat telah hangus 100% dijilat api, dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Tanjung Purun Labuan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa lelaki berumur 40 an telah mengalami kecederaan melecur di kedua belah tangannya dan telah di hantar ke Hospital dengan menggunakan jentera EMRS Labuan serta tiada mangsa lain terlibat dalam kebakaran itu.

Pegawai Perhubungan Awam, En. Pain Muzal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS-999, kira-kira jam 2.42 pagi.

Sejurus selepas itu, dua buah jentera bomba, sebuah Primemover Tanker dan sebuah EMRS dari Balai Bomba Labuan dan Balai Bomba Jawa, dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian, dan tiba 7 minit kemudian.

Operasi memadam kebakaran bermula jam 2.50  pagi, dan dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 12 minit.

Anggaran kerugian dan punca kebakaran, masih dalam siasatan.