Panduan menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran selain kesedaran kesihatan adalah penting diketahui kaum wanita kerana golongan itu memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi keluarga.

Lanjutan itu penganjuran Ceramah Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Wanita dianjurkan Penubuhan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), di salah sebuah hotel di Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, program itu sangat sesuai untuk pengetahuan dan panduan kepada semua wanita selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan isteri-isteri dan kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi di bawahnya.

Beliau turut mengharapkan lebih banyak program dianjurkan PUSPANITA dalam memupuk semangat kekitaan dan hubungan antara ahlinya serta masyarakat setempat.

Program dirasmikan Pengerusi Puspanita KWP, Datin Seri Ruzaina Wan Haniff.