Moratorium merupakan penangguhan atau penggantungan obligasi pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan untuk jangka masa yang terhad. 

Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu Sabah, En. Zambre Ismail berkata, selama tempoh ini, peminjam yang mempunyai pinjaman atau pembiayaan yang memenuhi criteria, tidak perlu membuat sebarang pembayaran balik, dan caj atau penalti bayaran lewat tidak akan dikenakan.

Beliau berkata demikian dalam slot radio di LabuanFM bagi menjelaskan bantuan kerajaan lanjutan wabak COVID-19. Menurutnya, ia diaplikasikan terhadap individu, perusahaan kecil dan sederhana, dan syarikat korporat besifat sementara, bagi tempoh 6-bulan bermula April hingga September 2020.

Berikutan krisis semasa, terdahulu Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia mengumumkan perkara itu, berikutan krisis semasa negara dan bagi membantu peminjam yang kemungkinan, berdepan dengan masalah pendapatan dengan pilihan yang ditawarkan, berkaitan penyusunan dan penstrukturan semula pinjaman, dan mora-torium untuk bayaran pinjaman.