Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dijadikan Pusat Kuarantin pertama yang baharu dibuka, bagi menempatkan pesakit dibawah siasatan (PUI) COVID-19. Pusat itu boleh memuatkan lebih 150-orang pesakit dalam satu-satu masa, yang dipindahkan daripada Hospital Labuan.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Labuan, ILP Labuan dipilih disebabkan kedudukannya berdekatan dengan Hospital Labuan, selain dilengkapi pelbagai keperluan. Seramai 30-PUI telah dipindahkan ke pusat ini bermula semalam, dan pemindahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

Selain itu, pasukan perubatan kesihatan bertanggungjawab terhadap rawatan kepada pesakit, manakala Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan pula, membantu dalam aspek pengurusan fasiliti dan penyediaan makanan kepada pesakit.

Pihak Jabatan Kesihatan juga sedang berusaha untuk memindahkan PUI yang dikuarantin di rumah masing-masing ketika ini ke pusat tersebut, bagi membolehkan petugas perubatan memantau keadaan mereka dengan lebih baik. Sehingga kini, jumlah yang dikuarantin di rumah telah berkurangan iaitu kira-kira 400-orang, berbanding 1-ribu orang sebelum ini.