Sikap tidak ambil peduli, antara punca segelintir masyarakat terpedaya dengan aktiviti penipuan sindiket jenayah siber atau ‘Macau Scam’, yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Pujukan ahli sindiket, menjadi modus operandi menyebabkan mangsa terpedaya menyerahkan wang, dan ini boleh berlaku kepada semua golongan tanpa mengira usia, taraf pendidikan dan pangkat.

Menurut Eksekutif Kanan, Bank Negara (BNM) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah, En. Poobalan Rajasekaran; berdasarkan rekod, sindiket mensasarkan warga emas, khususnya golongan wanita, berumur 40 tahun ke atas.

Ini kerana katanya, golongan ini mudah tertipu helah ahli sindiket, berbanding nasihat daripada pegawai BNM.

Ini akhirnya menyebabkan mangsa berputih mata, setelah memindahkan semua wang simpanan dan persaraan mereka, kepada ahli sindiket.