Labuan mencatat penurunan sebanyak 63 peratus kes demam denggi iaitu 30 kes setakat Ogos berbanding 82 kes tahun lepas dalam tempoh yang sama.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, pencapaian tersebut merupakan rekod yang terbaik  dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan di  seluruh negara.

Kesedaran orang ramai dan juga pelbagai agensi di wilayah ini tentang bahayanya denggi berjaya mengurangkan kes denggi di pulau bebas cukai ini

Manakala hanya satu kes wabak denggi sahaja yang dicatatkan tahun ini berbanding pada tahun lepas sebanyak 11 kes.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan terus melaksanakan program-program kesihatan bagi mencegah segala jenis penyakit berjangkit dan berbahaya.

Jabatan juga tidak teragak-agak untuk memberi kompaun kepada mana-mana individu atau agensi yang menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.