4 860 kakitangan awam ditahan kerana kesalahan rasuah sejak 2014 sehingga bulan Jun, tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Latheefa Koya berkata, lebih membimbangkan 53.4 % ialah penjawat awam golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Kerajaan Negeri Selangor, semalam.

Katanya, melalui suatu kajian yang telah dilaksanakan oleh SPRM, 22.1 % daripada responden penjawat awam berkata mereka sanggup menerima rasuah sekiranya mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jawatan.

Manakala, 46.3 % pula membabitkan kakitangan dalam sektor perolehan.