Wabak denggi telah direkodkan di Labuan setakat ini, membabitkan 2 kes telah dikesan di lokaliti yang sama.

Justeru, orang ramai dinasihati untuk melakukan saringan kesihatan di klinik atau hospital berhampiran, sekiranya mengalami demam melampau, bagi menangani isu demam denggi yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, ia berikutan, rentetan wabak denggi yang pertama kalinya dicatat di Labuan pada tahun ini.

Menurut beliau, pemusnahan tempat pembiakan ,  semburan kabus (Mosquito Fogging) di sekitar 400 meter radius daripada lokaliti wabak denggi, serta gotong royong merupakan antara tindakan yang bakal diambil oleh Jabatan Kesihatan bagi mengawal daripada berlakunya denggi.

Selain itu, Dr Ismuni berkata, setakat semalam, sebanyak 29 kes denggi telah direkodkan. Beliau turut memaklumkan, bahawa pihak Jabatan juga telah menyampaikan pelan tindakan jabatan kesihatan bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar wilayah ini.

Pelan tindakan tersebut telah dilaksanakan bermula 10 Ogos lepas dan akan berakhir 24 Ogos.