Bencana tidak dapat diduga seperti kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan tindakan yang diambil bagi menangani bencana itu sudah pasti akan memberi kesan terhadap semua pihak terlibat. Untuk itu, Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) telah mengadakan satu program latihan khas kebakaran bertempat di Stesen Janakuasa Kampung Patau-Patau.

Pengurus Besar Kanannya, Insenior Norhizami Abu Hasan berkata, ia bertujuan memberi pendedahan serta persiapan kepada warga kerjanya, untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian kebakaran atau letupan.

Di samping itu, memberi kesedaran mengenai kepantingan keselamatan di tempat kerja.Tambah, Insenior Norhizami, kawasan seperti stesen janakuasa itu juga diklasifikasikan sebagai sebagai salah satu lokasi sasaran penting yang menjana tenaga dan memberi bekalan elektrik di kawasan sekitar.Seramai 40-anggota SESB terlibat dalam latihan tersebut.Program turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan Hospital Labuan.