Latihan ketenteraan melibatkan pesawat juang dilaksana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melibatkan 6-buah pesawat jenis Sukhoi                   S-U-30-M-K-M dan 3-buah pesawat F-18-D Hornet dijangka berakhir hari ini.

Pegawai Memerintah No.11 Skuadron TUDM Leftenan Kolonel Mohd Faizal Abu Bakar berkata, latihan Op Bisa Daya Op Taring Daya itu menguji kecekapan juruterbang menerusi Tembakan Misil Udara ke Udara  (BVR) Jarak Dekat dan Sederhana serta latihan Tembakan Udara Ke Bumi.

Menurutnya, latihan berlangsung melibatkan kawasan Labuan, lapang sasar Lasarud Kota Belud dan sekitar perairan 200-batu nautika Laut China Selatan berjalan lancar, dan menepati tanda aras dikehendaki Markas Operasi Kementerian Pertahanan (MinDef).

Latihan selama 3 minggu ini menggunakan tenaga kerja minimum, selain mengambil kira kelestarian sistem dan moral anggota terlibat, di samping penglibatan bersama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).