Dalam perkembangan berkaitan, Kes positif COVID-19 di Labuan kekal 5, sejak pertama kali kes itu dikesan di wilayah ini, membabitkan 2-orang pesakit, pada 13 Mac 2020. Kes kedua positif COVID-19 dikesan pada 16 Mac, juga 2-orang.

Manakala kes ketiga, membabitkan seorang pesakit, dikesan 2 hari selepas itu pada 18 Mac. Sementara itu, kes pertama penularan virus tersebut membabitkan individu yang mengikuti perhimpunan Ijtimak Tabligh, yang diadakan di Masjid Jamek Sri Petaling, Selangor, pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut statistik yang diperoleh daripada Pusat Keselamatan Operasi Bencana (PKOB) Labuan, sehingga semalam, pesakit dibawah siasatan (PUI) semasa mencatat 7-orang, manakala kumulatif PUI yang direkodkan seramai 35-orang. Bagaimanapun, tiada kes kematian dicatat di Labuan.

Sehubungan itu, bagi individu yang diminta hadir atau disaran datang membuat pemeriksaan saringan boleh berbuat demikian dengan hadir terus ke Pusat Kesiap-siagaan Dan Tindak Cepat Krisis (C-P-R-C), di Klinik Kesihatan Membedai. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi CPRC, Jabatan Kesihatan Labuan, di talian 596 160.