Semua ahli berdaftar Lay Kaunselor diharap terus melaksanakan tanggungjawab membantu masyarakat menangani masalah berkaitan tekanan mental dan emosi.

Demikian saranan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, selepas merasmikan Kursus Lay Kaunselor, anjuran Jabatan Pembangunan Wanita. Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Labuan, Dr. Mohammad Chin, kursus bertujuan memberi pendedahan kepada peserta, bekenaan pengurusan tekanan emosi dengan lebih efekif.

Selain itu, melatih peserta menjadi seorang Lay Kaunselor berdaftar yang dapat menjadi rujukan masyarakat, terutama kepada yang memerlukan bantuan menangani tekanan emosi diperingkat awal.

Kursus selama 2 hari itu disertai 45 orang peserta dalam kalangan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).