Program Sinergi Labuan FM "Projek tanaman Fertigasi" bersama penghuni Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan.
Penganjuran program ini berkolaborasi Jabatan Penyiaran Labuan bersama Jabatan Pertanian Labuan serta Kompleks Darul Kifayah (KDK).
Selain memberi pendedahan mengenai sistem pertanian itu, ia juga merupakan program turun padang penyampai radio di Labuan FM untuk mendekati masyarakat setempat.
Sebanyak 200 pasu tanaman berjaya dihasilkan membabitkan tanaman cili, terung dan tomato.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Pn. Fauziah Mohd Sidek, Pengarah Jabatan Pertanian Labuan, Mohd Jurijh Abdullah, serta Pengetua KDK, Ust. Abd. Fattah Abd Hafiz.